Friday, May 9, 2008

BABI vs ARAK

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua insan yang sudi membaca dan memberi aku peluang untuk menyuarakan pendapat serta pandangan di dalam penulisan atau coretan yang tidak seberapa ini. Apa khabar anda semua tidak kiralah di mana juga anda berada di muka bumi ciptaan yang MAHA ESA ini. Jam sudah pun menunjukkan 4.36 pagi, aku terjaga dari mimpi indahku dan lantas aku mengamil pen dan kertas untuk coretkan pandangan aku tentang arak dan babi. Tapi sebelum itu, aku mahu berterima kasih kepada mereka yang sudi membaca coretan hati aku ini, dan juga yang tidak sudi membaca coretan aku ini, kamu boleh terus meninjau ke muka surat yang lain


Mesti kamu semua hairan bukan? Kenapa aku memberi salam terlebih dahulu sedangkan yang aku mau ceritakan ini adalah tentang arak dan babi. Ya. Arghhh….. Lupakan dulu pasal itu kita teruskan dengan apa yang aku mau ceritakan dalam coretan yang bodoh aku ini. Aku tahu bahawa babi itu adalah haram dari segi hukuman islam. Tapi, mengapa aku terus mengambil daging babi yang haram itu? Sudah tentu aku ada sebab yang kuat untuk terus mengambil daging babi yang kamu haramkan itu. Ramai kawan-kawan yang seagama dan seperjuangan dengan aku mempersoalkan kenapa aku memakan daging babi? Sedangkan mereka itu juga pengamal minuman arak yang kononlah halal bagi mereka. Di sinilah kamu mengenali aku dan tahu sebab kenapa aku makan babi (itu pun kalau kamu minat membaca artikel ini).


Sebelum aku mengambil/mengamal daging babi ini, aku banyak membuat penyelidikan tentang hukum haramnya daging babi dan arak. Kita bermula dari arak. Apabila seseorang individu itu meminum arak, hukum dalam islam adalah “haram”. Nahhh.. Samalah juga apabila seseorang individu itu memakan daging babi dan hukumnya juga adalah haram, dan bukannya murtad (tolong betulkan aku di sini jika aku salah). Aku bersedia untuk menerima apa juga makian ataupun pertolongan untuk aku betulkan artikel aku yang “salah” ini. Jadi, kenapa kamu terus mempersoalkan yang aku makan babi? Kenapa? Sedangkan kemungkinan besar kita akan berjumpa d tempat yg sama iaitu “neraka”. Mungkinlah, mana tau kamu atau aku akan berubah di satu hari nanti? Siapa tahu kan? Biarkan tuhan yg menentukan jalan hidup kita (bukan kita tapi aku). Mungkin tuhan mahu aku begini? Biarlah aku terus macam ni. Balik dengan cerita tadi. Kenapa kamu tidak tanya diri kamu sendiri kenapa kamu minum arak?



Owh ya, arak itu kan halal bagi mereka kenapa pula mahu mempersoalkan diri sendiri? Itukan bodoh namanya.Sorry guys, aku lupa bah. Dan ada pula yang mengatakan arak itu level haramnya rendah dibandingkan dengan memakan daging babi level haramnya tinggi. GILA GILA GILA. Aku mengaku yang aku ni masih lagi seorang yang beragama islam dan bukan sebaliknya. Jika aku ingin berubah suatu hari nanti, biarlah aku sendiri yang sukarela untuk melakukannya. Bukan atas dasar paksaan orang lain, cewek mahupun kawan. Tapi, kawan tetap penting bagi aku. Aku nda suka orang sibuk mengubah diri aku. Kamu kenal aku begini kan? Jadi, mengapa aku harus menukar diri aku menjadi orang lain? Dan satu perkara lagi, aku berasa kesal kerana sesetangah individu itu sanggup membuang agama semata-mata hanya kerana sudah mula mengenali hardcore/punk dan “sedikit” idea yang wujud/timbul didalamnya. Penulisan ini dihasilkan bukannya untuk mengubah corak pemikiran anda.

Ok lah, aku pun sudah penat. Ntah apa lagi yang mahu aku tulis ini. Jam sudah pun menunjukkan 5.43 pagi. Jika ada yang tidak bersetuju dengan apa yang aku coretkan ini boleh terus berkomunikasi dengan aku atau apabila kita bertemu dimana-mana acara gig mungkin perkara ini boleh dibangkitkan dan dibincang semula. Tapi mungkin tiada apa yang mahu aku katakan, kerana jawapan aku tetap sama dengan apa yang kamu baca sekarang ini.

Sekian, terima kasih.


Ciuman hardcore dari aku<>Muakzzzz



Nama idaman setiap wanita

-Mimin-


13 comments:

Freeviolence said...

weii.. kasi color putih dulu dia punya font ni.. baru bagus di baca

cichie holocausto said...

Huh..Coretan yg agak Bagus min..
bilangnya c akhdan Kalau sudah makan Babi buat apa mau menyesal..hahahah

mimin najis said...

semua yg aku pena buat aku nda prna menyesal..hahaha...tapi sayang chie aku nda dapat makan sama2 kau...
ko vegie...aduiiii...
VEGIE NO ENERGIE..wakakaka..
LEK LEK LEK.

Ian Ashley said...

Even iem sendiri ckp sasau makanan kegemarannya...masing2 bulih fikir...Klu mau arak yg paling halal cuba lah tapai...Tradisional tu kan?

Unknown said...

errr aku rasa ko betul,

bila ko ckp minum arak pun haram nape minum jugak?

dan kelakuan ko mkn babi sama lah mcm mereka. cuma dalam hal ni ko tuduh org yg minum arak pun bersalah mcm ko.

hakikatnya, korang yg makan babi dan minum arak SALAH disisi agama.

sungguh sedih bila ko ckp mungkin Tuhan mau ko begitu...errr ko silap, Tuhan tak pernah mau ko begitu, Tuhan bg ko pilihan, mkn babi atau tak makan, tapi KO PILIH MAKAN. so kenapa ko tuduh Tuhan mau ko begitu?

ko ni memalukan diri ko sendiri, ckp dah buat kajian sebelum MAKAN BABI tp ko tetap makan babi...nampak sgt perkataan KAJIAN ko sekadar nak menyedapkan diri sendiri...

itulah manusia skrg igt dunia ni dia yg punya...satu je aku nak ko igt....cube baca betul2 perkataan nih :

Tuhan adalah Pencipta, kita hanyalah hamba.

read my lips : KITA HANYALAH HAMBA

dan cub ko cari makna perkataan HAMBA tuh..hihihi

dan ko akan tau kenapa ko TAK HARUS MAKAN BABI atau MINUM ARAK

oklah aku tau maybe ko takde masa nak cari makna tuh, as simple as it could be :

HAMBA = SLAVES = DO WITHOUT QUESTION = IKUTLAH SURUHAN DAN ARAHAN TANPA BAAANYAK SOAL

errr aku tau aku tak perfect....but my advise STOP EATING PIGS!!!

mimin najis said...

hello kuih said salam kenal dari mimin..


woahhh,bestnya feedback dari ko nie..
aku suka..a'ahhh,orang yg minum arak tu pn mmg salah mcm aku.so,kenapa dorang masi lagi geli tengok aku makan binatang yg d cipta oleh tuhan mereka/aku sendiri???cuma bezanya binatang tu haram utk d makan oleh orang yg beragama islam..mcm kau..islamic brabis..huhuh.


mmg tuhan la yg mao aku mcm nie..
bukankah sebelum kita lahir nie tuhan mmg dah tuliskan jalan hidup kita????so,mmg tuhan yg nak aku mcm nie..nak buat camana lagi??takkan ko pula yg nak set cara hidup aku..


ya mmg betul aku buat kajian nie utk diri aku sendiri dan bukannya utk orang lain..itu utk alasan aku sndiri.

yan yan said...

min..apa la rasa 2 mknan?

Anonymous said...

aku nda da comment utk perbuatan ko tu min tp kepada saudara/i kuih tu aku mau kestau yg sekadar teori or apa2 ja la nama dia tu semua org bole cakap dan tulis tp membuat tindakan/aksi tu berapa dari seribu yg punya teory tu yg boleh lakukan..???

oh ya..ko cakap begini kan
.."HAMBA = SLAVES = DO WITHOUT QUESTION = IKUTLAH SURUHAN DAN ARAHAN TANPA BAAANYAK SOAL"..???
haha..bole ko bagi kita semua di sini hadis/sunnah yg mengatakan ko mesti ikut suruhan tanpa arahan tanpa byk soal???kan tuhan sendiri telah menciptakan sebaik-baik manusia yg di sertai oleh akal pikiran..agar manusia iaitu hamba kpd tuhan ini utk berpikir dahulu sebelum bertindak..??

yan yan said...

erm..btl jg tu wan..kita dicipta then ada akal lg kan 2..so kita blh pikir mna yg ok n mna yg nda ok..so depends sma individu la bha dia mau buat apa..rite mimin?hihi

mimin najis said...

woahhhh...meriahnyaaa...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
E-oNe said...

binatang kau min..bearni2 nya ko pg makan Babi nda panggil2 aku sekali ahahaha

mimin najis said...

wakakkakak...cilaka kau wannnn..
zul pn pndai order mee hun sasau suda woooo...cilaka diaaa..
baru tu nda pndai memblanja lagi tuuu...